Thursday, May 3, 2012

Anjing Bunuh Tuan Mereka Selepas Tidak Diberi Makan Selama 14 Hari


Kita sedih dengan cerita PETKNODE yang membiarkan kucing dan anjing kelaparan hingga ada yang mati awal minggu ini. Di Indonesia pula ada kes yang boleh memberikan kita idea bagaimana nak menghukum tuan punya Petknode. Di kepulauan Batam, Andre Lumboga (50) dipercayai mati diserang 7 anjing belaannya setelah mereka tidak diberi makan dan minum selama 2 minggu. Andre pergi melakukan urusan perniagaan selama dalam tempoh tersebut tanpa meninggalkan makanan dan minuman kepada anjing peliharaan beliau.

Kematian beliau hanya disedari jiran selepas beliau berasa aneh melihat terdapat bagasi didepan pintu rumah Andre. Ketika menyiasat beliau terbau bau busuk dari dalam rumah. Apabila pihak Polisi melakukan pemeriksaan mereka menemui tubuh tanpa kepala Andre di ruang tamu. Kepala beliau yang sudah tinggal tengkorak ditemui di kawasan dapur. Polisi percaya Andre mati diserang sebaik sahaja memasuki rumah. Anjing yang sudah lapar gila babi kemudian memakan kepala beliau sebagai pengubat kelaparan yang ekstrim!

So apa lagi. Letakkan tuan punya PetKNode dalam kedai. Biarkan 100 kucing dan seekor anjing yang dibiarkan kelaparan oleh mereka jadikan mereka WHISKAS berperisa manusia. Enjoice!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BLOG PILIHAN