Saturday, May 5, 2012

Budak diseret motor


Kegembiraan seorang kanak-kanak yang berusia tiga tahun menyertai marhaban sempena Aidilfitri di rumah sekitar Serom Dua, Bukit Gambi berakhir tragis apabila dia cedera selepas diseret sejauh kira-kira 20 meter oleh motosikal mengangkut susu getah yang ditunggang sepasang suami isteri, jam 9.30 pagi Ahad lalu.
Akibat seretan di jalan berturap itu, Ahmad Hafizulamin Abdul Jalil cedera teruk di muka selain calar di sebahagian besar anggota badan.

Ibunya, Wahana Wagiman, 44, berkata anak bongsunya itu beria-ia untuk menyertai marhaban dan tidak kisah menunggu lama di setiap destinasi dituju.

Ketika kejadian, Ahmad menunggu ibunya di tepi jalan manakala ibunya pula mengalihkan motosikal untuk ke rumah seterusnya. Tiba-tiba, anaknya dirempuh motosikal membawa muatan getah dan diseret sejauh kira-kira 20 meter. Ibunya yang terkejut dengan kejadian menjerit kepada pasangan suami isteri terbabit tetapi mereka tidak berhenti.

Wahana berlari mengejar motosikal terbabit dan tidak lama kemudian, barulah penunggangnya memberhentikan kenderaan terbabit.-kosmo online

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BLOG PILIHAN