Sunday, May 6, 2012

Isteri kurung suami hilang ingatan

Seorang isteri terpaksa 'memenjarakan' suaminya di dalam sebuah kurungan selepas doktor-doktor enggan meneruskan pemberian ubat kepada lelaki berkenaan, lapor sebuah akhbar semalam.

Lelaki tersebut, Wu Han, 43, terpaksa dikurung selepas dia hilang ingatan dan kerap merayau dari rumah selepas terbabit dalam satu kemalangan kereta.

Sebuah hospital tempatan di sini, timur China menyekat pemberian ubat-ubatan bagi membantu lelaki itu selepas isterinya, Mingmei tiada wang untuk membayar kos ubat-ubatan.

"Sejak kemalangan itu, dia mudah menjadi bingung dan gemar marayau-rayau," kata wanita itu.

"Ubat-ubatan tersebut banyak membantu kerana ia boleh menenangkan suami saya," tambahnya.

Menurut wanita tersebut, dia berharap pihak pengurusan hospital berkenaan akan menyambung rawatan suaminya selepas berita bahawa dia terpaksa mengurung lelaki itu tersiar di media tempatan.-kosmo online

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BLOG PILIHAN