Monday, May 21, 2012

Meraung anak tenggelam

Meraung anak tenggelam, Kia Chew Shie, Ting Hock Seng, Ting Chin Chik,
Gambar sebagai hiasan
TELUK INTAN: Seorang ibu yang terselamat daripada mati lemas hanya mampu meraung selepas menyedari anak kecilnya yang baru mencecah usia dua tahun masih terperangkap di dalam kereta dinaiki mereka yang tenggelam di dasar sungai.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi semalam, Proton Waja dinaiki Kia Chew Shie, 34, dan suaminya, Ting Hock Seng, 45, terbabas lalu merempuh penghadang kiri jambatan Ulu Kayan berhampiran Kampung Parit Jerman, Seberang Perak, di sini.

Rempuhan kuat itu menyebabkan kereta dinaiki pasangan suami isteri bersama anak mereka, Ting Chin Chik, ‘terbang’ sebelum terjunam ke dalam sungai sedalam lebih 10 meter.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohammad Fakri Che Sulaiman berkata, ketika kejadian keluarga berkenaan dalam perjalanan dari rumah mereka di Taman Sentosa, Sitiawan menuju ke rumah saudara mereka di Bidor.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu sebelum mengerahkan 20 anggota dari Balai Polis Kampung Gajah dan Balai Polis Sungai Jejawi ke lokasi kejadian.

Sumber : Hmetro

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BLOG PILIHAN