Monday, January 28, 2013

Kesian pasukan penyelamat, orang yang terperangkap rupanya patung


Mereka tak sangka orang yang terperangkap di atas ais itu rupanya
GLOSSOP, Derbyshire - Pasukan penyelamat yang terdiri daripada dua jentera bomba dan sebuah helikopter bertungkus-lumus untuk menyelamatkan seorang pemancing lelaki yang berada di dalam sampan yang terperangkap di atas ais di sebuah tasik baru-baru ini, lapor sebuah akhbar semalam. 
Namun, pasukan penyelamat itu kemudian mendapati lelaki tersebut sebenarnya patung yang digunakan untuk menakutkan burung-burung. 
Patung itu dipakaikan dengan jaket berwarna cerah yang biasanya dipakai oleh pegawai perikanan untuk menghalau burung daripada mencuri ikan trout. 
Pemilik penyedia perkhidmatan untuk menangkap ikan, Arnfield Fishery di Glossop, Derbyshire, Stephen Cuthbert mengakui bahawa patung itu kelihatan seperti manusia yang sebenar. 
"Pada musim sejuk yang lalu, terdapat anggota-anggota polis yang datang menyelamat kerana menganggap ada mangsa terperangkap," katanya.
Dia menjelaskan bahawa adalah sesuatu menghairankan apabila ramai orang yang memikirkan terdapat seseorang yang kelihatan pucat duduk di dalam sampan pada waktu sejuk. - Agensi

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BLOG PILIHAN