Sunday, April 29, 2012

Ada lagi guru adakan hubungan seks dengan pelajar

Kenapa masih ada guru yang mengadakan hubungan seks dengan murid?
Nasib baik kejadian ini bukan berlaku di negara kita. Kelakuan ini menunjukkan
betapa teruknya pemikiran guru ini.Apakah tujuan sebenar dia menjadi seorang guru?
Harapan agar kejadian seperti ini tidak wujud di negara kita kerana tugas seorang guru
amat mulia......


FORT WORTH, Amerika Syarikat (AS) - Seorang guru sebuah sekolah tinggi di sini yang meletakkan jawatan selepas dia didakwa menjalin hubungan seks dengan seorang pelajar, telah ditangkap polis lapor sebuah akhbar semalam.

Guru itu, Jennifer Riojas turut ditangkap polis pada Rabu lalu atas dakwaan dia melakukan serangan seks terhadap seorang budak lelaki berumur di bawah 17 tahun.

Dia kemudiannya ditahan di sebuah penjara sementara menunggu diikat jamin sebanyak AS$20,000 (RM62,310).

Jennifer yang berumur 26 tahun bagaimanapun semalam turut dituduh menjalin hubungan dengan seorang pelajar berumur 16 tahun.

Aduan polis berhubung perbuatan itu dibuat di sebuah balai polis di ini pada 20 Oktober lalu.

Dia menjadi guru di sekolah tersebut sejak Ogos tahun lalu.

Jennifer meletakkan jawatan sebagai guru di sekolah tersebut pada 21 Oktober lalu.-KOSMO ONLINE

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BLOG PILIHAN