Sunday, April 29, 2012

[Gila] Nenek sanggup campak cucu sendiri dari sebuah jejantas


Seorang nenek di Fairfax Country, Virginia tergamak mencampak cucunya berusia 21/2 tahun dari sebuah jejantas di tingkat lima sebuah pusat beli belah. Beberapa orang saksi melihat Carmela Dela Rosa, 50, mencampak cucunya Angelyn Ogdoc dari jejantas setinggi 50 kaki itu ke tempat parking pusat beli belah tersebut.

Kanak-kanak malang itu dikejarkan ke Hospital Inova Fairfax Country, namun meninggal dunia kerana mengalami kecederaan parah.

Pada masa kejadian, Dela Rosa keluar ke pusat beli belah Tyson’s Corner Centre dengan suami, anak perempuan, dan cucunya itu. Mereka menghabiskan masa berjam-jam di situ untuk membeli belah sempena jualan murah yang diadakan di situ.

Pihak polis masih belum dapat memastikan motif sebenar Dela Rosa mencampak cucunya sehingga menyebabkan kematiannya. Carmela Dela Rosa ditahan dan akan dibicarakan atas tuduhan membunuh.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BLOG PILIHAN