Monday, April 23, 2012

Tentera Amerika di Afghanistan terbabit dadah


KABUL: Tentera Afghanistan yang dilatih oleh tentera Amerika Syarikat untuk mengambil alih misi menjelang tahun 2014 didakwa menjadi pengedar dadah kepada askar Amerika, lapor dokumen baru yang diperoleh Judicial Watch, sebuah yayasan mempromosikan ketelusan dalam kerajaan, secara rahsia.

“Keadaan ini menyukarkan kerana tentera kita diletakkan dalam keadaan itu sedangkan mereka sudah pun berdepan pelbagai tekanan. Malangnya askar mereka yang juga sekutu kita menjadi pengedar dadah,” kata presiden Judicial Watch, Tom Fitton, kepada Fox News.
Fitton bersama penyiasat mendapati antara Januari 2010 dan Disember 2011, tentera Amerika menyiasat 56 askarnya di Afghanistan atas dakwaan memiliki, menggunakan atau mengedarkan candu. Heroin pula disebut sebanyak 26 kali.Laporan Pemerintah Siasatan Jenayah Tentera pada Disember 2011, menunjukkan sebuah pangkalan operasi memiliki dadah yang dibeli daripada beberapa kakitangan Tentera Kebangsaan Afghanistan dan Polis Kebangsaan Afghanistan.

Dalam satu kes, penterjemah Afghanistan menjual pelbagai jenis candu kepada askar. Laporan Jabatan Siasatan Jenayah bertarikh Ogos 2010 menyebut seorang askar mengaku membeli ubat penahan sakit ketika cuba membeli steroid.

Dalam laporan berasingan daripada Februari 2011, seorang pakar membeli heroin dan xanax (ubat antikemurungan) daripada tahanan juvana di pelbagai lokasi di Kem Phoenix, Afghanistan.

Fitton berkata, Judicial Watch memutuskan memfailkan permohonan mendapatkan dokumen itu 14 bulan lalu kerana usaha tentera mengatasi penggunaan dadah di Vietnam. Tidak jelas sama ada kes di Afghanistan adalah kejadian terpencil atau gejala masalah dadah yang lebih meluas.
Laporan siasatan tentera menunjukkan sekurang-kurangnya lapan kematian akibat berlebihan dos membabitkan dadah oxycodone, heroin dan morfin. Satu kematian yang diumumkan, Judicial Watch mendapati Jabatan Pertahanan menyiarkan gambaran kematian itu sebagai tidak berkaitan dengan perang. – Agensi

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BLOG PILIHAN