Tuesday, May 8, 2012

Kaki mabuk,pergi balai polis pun mabuk,akhirnya ditahan



BERLIN - Sungguh malang nasib seorang lelaki yang mendatangi sebuah balai polis di Jerman untuk mengambil lesen memandu miliknya. Dirinya ditahan dipenjara oleh polis.

Sebelumnya lesen memandu lelaki itu ditahan kerana dia memandu kereta dalam pengaruh alkohol yang jauh melebihi batas normal yang ditetapkan. Namun lelaki berusia 47 tahun itu tidak menyedari, dia datang ke balai polis dalam keadaan mabuk.

"Dia bertanya, dimana lesen nya yang telah disita sehari sebelumnya," ujar pegawai polis setempat seperti dikutip abs-cbnnews.com, Khamis, (29/12/2011).

Melihat keadaanl elaki itu yang tengah mabuk, petugas polis segera memerintahkan ujian kadar alkohol.

Ujian itu menunjukkan kadar alkohol dalam tubuh lelaki itu mencapai 296 mililiter atau hampir enam kali batas normal, yakni 50 mililiter.

Tanpa ragu polis akan mendakwanya dengan dua tuduhan sekaligus, yakni memandu di bawah pengaruh alkohol serta memandu tanpa lesen.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BLOG PILIHAN