Monday, April 30, 2012

Jual orang lagi untung,nenek cuba jual cucu AS$30,000

DAYTONA BEACH (Florida): Seorang nenek dan kekasihnya didakwa cuba menjual cucu lelaki wanita itu dengan harga AS$30,000 (RM96,000).

Ejen Jabatan Penguatkuasaan Undang-Undang Florida (FDLE) menahan Patty Bigbee, 45, dan Lawrence Works, 42, semalam selepas ejen itu menyamar untuk membeli bayi lelaki terbabit daripada pasangan berkenaan. Pasangan itu didakwa atas tuduhan cuba menjual bayi secara haram.

Ejen FDLE, Wayne Ivey berkata, siasatan dijalankan pada bulan lalu selepas seorang pemberi maklumat melaporkan kepada pihak berkuasa seorang wanita cuba menjual bayi. Pada mulanya, Patty mahu menjual cucunya dengan harga AS$75,000 (RM240,000) tetapi menurunkannya kepada RM96,000 selepas sesi tawar-menawar. - myMetro

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BLOG PILIHAN