Monday, April 30, 2012

Paul II ganti Paul yang dah mati, sotong pemalu

-Sotong kurita Paul II menjadi pengganti seekor sotong peramal lapan perlawanan Piala Dunia 2010 yang mati 26 Oktober lalu di Akuarium Sea Life Centre di bandar Oberhausen, Jerman.

Paul II dipamerkan kepada jurugambar semalam dan ia kelihatan lebih malu berbanding sotong peramal Piala Dunia yang telah mati, Paul.

"Kami memperolehi sotong itu dekat Montpellier di selatan Perancis," kata jurucakap akuarium tersebut, Tanja Munzig.

Bagaimanapun, pihak akuarium menolak kemungkinan Paul II akan mengikuti jejak langkah Paul dengan membuat ramalan pertandingan bola sepak.

"Tidak ada sesiapa yang tahu lagi bahawa Paul II akan mengikuti jejak langkah Paul ," kata Munzig dalam satu kenyataan.

Paul mencipta kegemilangan apabila meneka dengan tepat lapan perlawanan Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan termasuk kemenangan Sepanyol ke atas Belanda pada perlawanan akhir.-kosmo online

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BLOG PILIHAN