Monday, April 30, 2012

Najib umum gaji minimum RM900

PUTRAJAYA - Kadar gaji minimum bagi Semenanjung Malaysia ditetapkan RM900 sebulan (RM4.33 sejam) manakala bagi Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan sebanyak RM800 sebulan (RM3.85 sejam), kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, gaji minimum itu meliputi pekerja dalam semua sektor ekonomi di seluruh negara kecuali perkhidmatan domestik seperti pembantu rumah dan tukang kebun.

"Tarikh mula kuat kuasa pelaksanaan gaji minimum ialah enam bulan dari tarikh Perintah Gaji Minimum diwartakan," katanya semasa berucap pada majlis Pengumuman Gaji Minimum Sektor Swasta di sini malam tadi.

Pengumuman itu yang dibuat sempena sambutan Hari Pekerja yang disambut hari ini adalah hadiah istimewa daripada Kerajaan Persekutuan kepada seluruh warga pekerja.-kosmo

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BLOG PILIHAN