Tuesday, May 1, 2012

Apakah zaman Charlie Charplin ada handphone?

Misteri. Sebuah filem komedi Charlie Chaplin yang dibuat tahun 1928 menampakkan gambar seseorang bercakap dengan benda mirip handphone. Padahal pada masa itu, belum ada satupun handphone di buat.

Adegan aneh ini ditemukan oleh seorang pengarah filem yang berasal Ireland, George Clarke. Clarke yang penggemar Charlie Chaplin kehairanan ketika menjumpai adegan seseorang berjalan dan bercakap melalui sebuah perangkat yang amat mirip handphone.

Memang jika dilihat, adegan itu menampilkan seseorang yang tidak jelas lelaki atau wanita, bercakap sambil memegang objek hitam di telinga. Adegan berkenaan terdapat dalam menu ekstra DVD film Charlie Chaplin berjudul 'The Circus'. Tayangan ini bukan bahagian dalam senario filem, melainkan tayangan orang biasa yang lalu lalang sebelum filem dimulai.

Spekulasi berkembang apakah objek itu ponsel atau bukan. Malah, banyak berpendapat orang itu datang dari masa depan ke tahun 1928 dengan mesin waktu. Sebab, sangat tidak mungkin handphone sudah ada di zaman itu.

Ada yang percaya bahawa itu handphone dan ada juga yang tidak percaya. Untuk lebih jelas anda saksikan video berikut :


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BLOG PILIHAN