Tuesday, May 1, 2012

Yuan Lihai : Wanita Tabah Menjaga "Anak-Anak Tong Sampah"


Ini ialah gambar Yuan Lihai dan anak-anak tong sampah yang dijaga oleh beliau. Di Henan China gelaran yang diberikan kepada anak-anak kecil yang ditinggalkan parents mereka ialah anak-anak tong sampah for obvious reason. Yuan Lihai bukanlah seorang wanita yang kaya tetapi sejak 1986 beliau sudah memungut dan menjaga 100 orang anak-anak kecil yang ditinggalkan parents. Beliau menanggung perbelanjaan menjaga anak-anak malang ini dengan menjual jajan ditepi jalan. Walaupun kesempitan wang, Yuan Lihai masih bertegas menjaga anak-anak yang diselamatkannya. Anak-anak ini ditinggalkan kerana ada kecacatan fizikal dan mental. Di China peratusan anak-anak dilahirkan abnormal ialah diantara 13-15%. Ini adalah tinggi jika dibandingkan hanya 4% di negara=negara maju. Tahap kelahiran abnormal tinggi di China kerana pencemaran, parents yang tidak menerima pelalian dari kecil dan kekurangan jagaan kepada siibu ketika masih mengandung. Kesemua faktor ini menyebabkan anak yang dilahirkan cacat dan kemudian dibuang. Ketegasan Yuan Lihai menjaga kanak-kanak ini menyebabkan beliau ditinggalkan suaminya. Kamu pasti bertanya;

Di China ada rumah anak yatim di kawasan bandar. Di kawasan luar bandar seperti yang didiami oleh Yuan Lihai tak ada rumah anak yatim atau in most cases sudah penuh dan kekurangan peruntukan. Kasihan! Di akhir post ini ada gambar sadis seorang baby mati ketika tidur. Mati mengejut. Mayatnya ditanam disebuah ladang macam bangkai kucing mati! #Manlytears



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BLOG PILIHAN