Sunday, January 13, 2013

Menjadi terkenal kerana kekurangan

Seorang wanita yang tingginya hanya sedikit dari bayi yang baru lahir menyatakan kebahagiaannya setelah di iktiraf sebagai wanita terpendek didunia.

Hatice Kocaman, dengan tinggi hanya 28inch (70cm), yang dulu sering diejek kerana tinggi tubuhnya, kini menjadi terkenal oleh kerana kekurangannya itu.

Tinggal di rumahnya di Kadirli, Turki, Dia berkata "saya selalu berharap suatu hari nanti dunia akan mengiktiraf saya".

"Dulu cukup sulit, kerana sewaktu kecil, semua rakan sekolah selalu menghina tubuh saya yang kerdil"

"Tapi sekarang  saya jadi terkenal kerana ukuran tubuh saya. Hal ini membuat saya merasa lebih tinggi"

"Saya ingin berjalan, bertemu ramai orang, termasuk manusia tertinggi didunia".

"Tuhan menciptakan saya seperti ini dan saya bangga. Saya berharap suatu hari bertemu seseorang yang mencintai saya"

Wanita, yang sekarang berusia 21 tahun, tinggal dengan orang tuanya Ibrahim dan Hatun, dan ketika ini dia secara rasmi diiktiraf sebagai wanita terpendek didunia dan manusia yang kedua terpendek didunia, yang masih hidup oleh Guinness Book of Records.

Satu-satunya manusia yang lebih pendek darinya adalah orang Nepal, Khagendra Thapa Magar, yang tingginya 25.8 inch, manusia terpendek didunia.






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BLOG PILIHAN