Thursday, May 10, 2012

Mainan Baru Doktor Gigi Tahun 2012: Berus Gigi Plasma

Awal tahun depan nanti, percubaan menggunakan berus gigi plasma akan pertama kali dilakukan kepada pesakit manusia. Tapi yang menarik bukan kerana plasma-nya itu, melainkan kerana alat ini boleh dipakai untuk menampal gigi berlubang tanpa rasa sakit!

Walaupun namanya Berus Gigi Plasma, berusini sebenarnya bukan berus gigi, melainkan sebuah alat seperti obor yang mampu memancarkan sinar plasma dari hujungnya. Lalu apa kegunaan alat futuristik ini? Menurut professor dari Universiti Missouri, alat ini memiliki dua kegunaan utama.

Pertama, sinar plasma yang hangat, yang bahkan tidak lebih panas dari temperatur ruangan, ampuh untuk melepaskan plak dari gigi. Kedua, alat ini juga boleh dipakai sebagai alat bantu pemasangan tampalan pada gigi berlubang. Menurut sang professor, ada beberapa jenis gigi berlubang yang harus ditambal secara rutin dalam waktu lima hingga tujuh tahun sekali.

Itupun hanya boleh ditampal beberapa kali hingga akhirnya, mahu tak mahu, harus dicabut. Nah alat ini boleh dipakai dokter gigi untuk menjaga tampalan pada gigi bertahan lebih lama. Caranya dengan menggunakan obor tersebut untuk membentuk lubang khusus pada gigi berlubang. Dengan membentuk lubang yang pas, tambalan pada gigi dapat mencengkam 60% lebih kuat dibandingkan dengan teknik penambalan yang ada saat ini.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BLOG PILIHAN